Monday, November 15, 2010

Semerah Cinta Stilleto : Suatu Komentar






Malam ni aku nak jadi komentar filem... Sini aku nak story sket pasal movie Semerah Cinta Stilleto lakonan Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Gandingan dua-dua memang mantap, selalu kalau cerita yang libatkan tema antara dua darjat ni hero & heroin pasti akan menang. Menang maksud dia kat sini dua-dua boleh menang lawan tentangan kedua-dua orang tua mereka dan menemui kebahagian mereka di akhir cerita. Tapi citer ni lain, seperti biasa yang hero nya dapat darjat yang miskin dan yang heroinnya pulak dapat dapat darjat yang kaya.

Bermula dengan kasut Stilleto yang hilang tu segala konflik dalam keluarga Stilla terjadi apabila rahsia kedua-dua orang tua Stilla tebongkar, dimana kedua orang tua berlaku curang. Tetapi sikap acuh tak acuh antara ibubapa Stilla (sebab mereka plan nak bercerai tapi gara2 business menyebabkan diaorang lambat bertindak) menyebabkan Stilla makin tension. Sejak hari itu, Stilla sentiasa kuar rumah dan bertemu Leto untuk tenangkan fikirannya. Dari Leto, Stilla menemui kebahagiaan hidup dan menyedarkannya bahawa kesempurnaan hidup tidak boleh dicari tetapi yang ada cuma kebahagiaan. Kesedaran ini berlaku setelah Stilla melihat keluarga Leto walaupun hidup dalam kesederhanaan tetapi keluarganya sangat-sangat bahagia. Namun, di kemuncak cerita hubungan rapat Stilla dengan Leto mendapat tentangan dari ibubapa Stilla. Akhirnya Leto akur dan menerima tentangan tersebut...

Apa yang aku ingin highlight kat sini apabila Leto sempat menasihati Stilla menerusi surat yang dikirimkan kepada Stilla. Leto menasihati Stilla supaya jangan belakangi ibubapa nya, sebagai seorang anak kita seharus menghormati ibu bapa dan menerima keadaan mereka serta berdoa untuk kesejahteraan mereka. Bagi Leto pula, walaupun terpaksa berpisah dengan Stilla namun dia tidak merasakan kebahagiaan itu terus hilang kerana kebahagian tersebut terus ada dalam keluarganya. Sejak itu, kehidupan Leto semakin berubah menjadi seorang usahawan, tapi gara-gara kasut Stilleto mereka dapat berjumpa semula gak akhirnya.

Di sini, aku nak ceritalah apa bezanyer ngan movie melayu lain yg mempunyai tema yang sama iaitu perbezaan darjat. Selalu movie yang mempunyai tema yang sama, ibu bapa terpaksa akur ngan kemaruk cinta anak-anak mereka, tapi Semerah Cinta Stilleto lain, seolah-olah pengarah nak semua pihak mendapat faedah yang adil. Di sini, aku nak simpulkan bahawa kebahagiaan sentiasa menanti dan sentiasa ada, cuma dia nak manusia sedar dekat mana kebahagiaan itu muncul, berkat kesabaran Stilla ngan Leto akhirnya dua2 dapat berjumpa semula.

Naka tu dulu meh, jaku panjai nadai guna ga, enti agi bisi mensia agi tatuk. Alu jaku iban... huhuhuhu...

2 comments:

  1. http://boyhotweb.blogspot.com/ poo balat cerita tu nye geng

    ReplyDelete
  2. hehe... nyadi pengkritik filem nda lama...

    ReplyDelete